Khamis, 20 Januari 2022

Berbuatlah kerana Allah

20 Januari 2022 meniti hari ini, menandakan satu penambahan usia bagi diri untuk terus mentafakkkur diri, memuhasabah diri dan meningkatkan diri agar dapat kembali kepada Allah dalam keadaan terbaik. Sungguh, kelemahan manusia itu terlalu banyak, dan perbanyaklah oleh kita untuk terus bersandar, memohon pertolongan Allah dalam segenap ruang kehidupan.


Pagi ini memulai hari dengan mengurus anak untuk ke sekolah, serba kalut sket sebab subuh semakin lewat dan lepas subuh baru nak masak sarapan..it's okey.. just a learning to manage time better. Lepas hantar anak pergi ke klinik gigi pula, cabut gigi walau dah nak masuk 8 bulan pregnant. Berdoa yang baik2 dan banyak berselawat masa doktor cabut..Alhamdulillah selesai akhirnya....darah masih lagi tak berhenti,,,suruh makan ais krim dan minum air sejuk banyak2 kot...he

.

,

Kelmarin dengar talk Therapist dalam mendidik anak-anak, banyak reflex diri juga untuk sabar dan pandai bimbing anak mengurus perasaan/emosi kita. First of all, emosi ibu bapa sendiri kena kuat dan firm pada sesuatu peraturan. Kena tahu anak jenis apa emosinya apabila dia tidak mampu urus emosi, dan kita kena bantu. 


InsyaAllah cuba perbaiki lagi bonding dengan anak-anak. 💛💛💛👦


Moga Allah bantu diri mengurus hidup, dan mendidik anak-anak dengan lebih baik.

.

Isnin, 22 Mac 2021

Ikhlaslah menerima kenangan 'kenakalan' anak

 Alhamdulillah, saat ini masih mampu bersabar dengan kerenah anak-anak.

Walau perasaan meluap2 marah itu kadang terjelma. 

Tersedar hakikat bahawa anak adalah pinjaman, dan satu ketika nanti, kebisingan , riuh rendah suara merekalah yang akan dirindui saat mereka mula dewasa...


Jom jadi ibu bapa lebih baik :)



*Hari ini hari Lahir Mak Mentua, mama..Sanah helwah mama. :)

Sabtu, 22 Ogos 2020

Jalan Menuju Allah

 Tajuk pertama mengajak kita sebagai hamba Allah untuk 

1. kembali bertaqwa kepada Allah, setakwa orang yang telah merasakan kedekatan dengan Allah dan kekuasaan-Nya.

2. Percaya kepada Allah spt percayanya orang yg berbaik sangka kpd-Nya dan tidak pernah menuduhnya dgn yang bukan-bukan.

3. Bersyukurlah kpd-Nya spt syukurnya org yg telah mengenal keutamaan-Nya, byk memberi pertolongan kpd-Nya dan berbuat kebaikan kpd-Nya.

4. Kenalilah nikmat-Nya yg lahir maupun yg batin.

5. Ikhlaslah melakukan amal2 soleh sebagaimana kita mengetahui Allah tidak akan menerima perbuatan yg tidak ikhlas, ada unsur2 lain dalam perbuat amal.

6. Jujur dlm ucapan dan perbuatan sejujur org yg tlh mengetahui bhw Allah mengetahui seluruh urusannya, yg rahsia mahupun nyata, dan apa pun yg disembunyikan dalam hati.


dan lain-lain....


Maka oleh itu, tegakkanlah perintah-perintah-Nya dan disiplinlah terhadap syariat-Nya. Ikuti sunnah nabi dan teladan dari para sahabat. Ikuti sirah mereka dan berperilakulah sesuai etika mereka.


Menuruti Jejak Kaum Soleh


Tanda2 cintamu kpd mereka adalah dgn konsistennya kita terhadap cara dan sunnah mereka dgn diiringi sikap istiqamah hatimu, kesahihan amalmu, kejujuran lidahmu, dan kebaikan tindakanmu dlm melaksanakan urusan dunia dan akhirat.



Persoalan yg boleh kita fikir di sini, siapa contoh teladan dlm hidup kita?Para nabi dan solafus soleh atau hawa nafsu?


Moga Allah membimbing kita menuju cinta-Nya.

Jumaat, 29 Mei 2020

Salam Syawal

Alhamdulillah saat catatan ini ditulis telah berlalu hampir 4 tahun dari tarikh permulaan blog ini ditulis,saya cuba untuk rebranding semula blog ini sebagai kenangan akan datang, dan perkongsian ilmu :)


Salam 8 Syawal. Allah, rindu Ramadan yang telah berlalu.

Nantikan..

Moga Allah beri kejernihan hati dan ikhlas dalam melakukan amal-amal soleh.


Ummu Khaulah,
8 Syawal 1441H
29 Mei 2020.
Alor Setar, Kedah.