Khamis, 20 Januari 2022

Berbuatlah kerana Allah

20 Januari 2022 meniti hari ini, menandakan satu penambahan usia bagi diri untuk terus mentafakkkur diri, memuhasabah diri dan meningkatkan diri agar dapat kembali kepada Allah dalam keadaan terbaik. Sungguh, kelemahan manusia itu terlalu banyak, dan perbanyaklah oleh kita untuk terus bersandar, memohon pertolongan Allah dalam segenap ruang kehidupan.


Pagi ini memulai hari dengan mengurus anak untuk ke sekolah, serba kalut sket sebab subuh semakin lewat dan lepas subuh baru nak masak sarapan..it's okey.. just a learning to manage time better. Lepas hantar anak pergi ke klinik gigi pula, cabut gigi walau dah nak masuk 8 bulan pregnant. Berdoa yang baik2 dan banyak berselawat masa doktor cabut..Alhamdulillah selesai akhirnya....darah masih lagi tak berhenti,,,suruh makan ais krim dan minum air sejuk banyak2 kot...he

.

,

Kelmarin dengar talk Therapist dalam mendidik anak-anak, banyak reflex diri juga untuk sabar dan pandai bimbing anak mengurus perasaan/emosi kita. First of all, emosi ibu bapa sendiri kena kuat dan firm pada sesuatu peraturan. Kena tahu anak jenis apa emosinya apabila dia tidak mampu urus emosi, dan kita kena bantu. 


InsyaAllah cuba perbaiki lagi bonding dengan anak-anak. 💛💛💛👦


Moga Allah bantu diri mengurus hidup, dan mendidik anak-anak dengan lebih baik.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan